Alamakkkk! FY mencetus kontroversi nampaknya!
Kenapa FY berkata demikian?
Dahulu FY tidak begitu, dahulu FY menyokong pembelian-pembelian saham syarikat Bumiputera dan GLC ini tetapi sejak mengalami banyak kerugian dan penguncupan nilai pasaran melalui pegangannya FY mula rasa tak sedap hati dan cuba mencari jawapan untuk memahaminya.
Beginilah. Kalau kita kaji sejarah kita akan dapati sejak sistem Segrigate and Rule yang diperkenalkan, pihak penjajah telah membawa kepada pembahagian kaum yang ketara. Bangsa Cina di bandar menjalankan aktiviti perniagaan, kaum India di ladang-ladang dan bangsa Melayu di kampung-kampung.
Pada masa Bangsa Cina telah membuka perniagaan demi perniagaan, bank demi bank, kilang demi kilang, orang kita masih di kampung tak berbuat apa-apa. Perniagaan mereka semakin maju dan besar dan setelah sekian lama Merdeka barulah orang kita membuka Banknya yang pertama Bank Bumiputera Malaysia Berhad. Itupun anda tahu apa kesudahan bank tersebut.
Tatkala perniagaan mereka semakin membesar dan tersenarai di Bursa Malaysia mahupun Bursa-Bursa di seluruh dunia syarikat dan kilang kita kita baru nak bertapak. Pada masa ini lebih kurang 75 peratus syarikat tersenarai adalah milik bukan bumputera, pada masa ini 84 peratus hartanah di Kuala Lumpur adalah hakmilik bukan Bumiputera. Kedai-kedai mereka berada di ruang-ruang utama dalam pasaraya besar sedangkan gerai-gerai kita letaknya di uptown dan downtown yang dibuka di malam hari. Itupun selalu kena raid dek majlis perbandaran yang juga orang kita. Dahulu mereka juga begitu. Menjalankan perniagaan tanpa lesen di belakang rumah mahupun dalam kilang-kilang berdindingkan zink buruk tapi pada masa itu majlis perbandaran pun belum wujud lagi agaknya.
Bagaimanakah kita nak belajar berniaga apatah lagi membesarkan perniagaan kalau kita dihalang dengan pelbagai birokrasi dan halangan? Baru kita nak belajar meniaga online dah diganggu dengan lesen dan pelbagai hal lagi. Kasihan orang kita.
Tatkala bapa mereka menjalankan perniagaan dan kemudian disambung oleh anaknya yang membesarkan lagi perniagaan, orang kita pula bapanya bekerja makan gaji dan seterusnya anaknya juga makan gaji juga sudahnya.
Dewasa ini tatkala mereka menyenaraikan syarikat, kemudian memelihara dan meningkatkan nilai pegangan saham dengan kenaikan harga dan pelbagai exercise korporat yang lain sedangkan pada fasa ini orang kita hanya setakat pandai membawa syarikat ke peringkat IPO. Selepas disenaraikan di Bursa Malaysia harga saham syarikat-syarikat kita ini merudum dan terus merudum, secara tak langsung menguncupkan ekonomi orang melayu yang membeli saham-saham ini. Adoiyai.
Kemudian, dari segi pengurusan dan pentadbiran juga bermasalah. Kedudukan kewangannya lemah, biarpun perolehan jualannya tinggi tapi margin keuntungan begitu rendah malah ada yang rugi sama sekali. Pengarahnya bukan pemegang saham jadi mereka bertindak sebagai pengurus semata-mata jadi dalam hal ini kemungkinan besar tiada dividen bakal diberi dan banyak hal lagi. Namun bukan semua. Ada satu dua yang boleh dipertimbangkan kerana potensi yang anda pada mereka.
Mungkin anda akan berkata yang FY tidak patriotik kerana tidak membantu apatah lagi memberi peluang kepada syarikat-syarikat kita tapi ia adalah berdasarkan timbangtara antara antara keuntungan dan kerugian. Antara pengembangan ekonomi atau penguncupannya mana satu yang anda mahu? Dalam hal ini biarlah Institusi tempatan yang membeli saham-saham syarikat Bumiputera ini.
Bagi pelabur runcit FY sarankan belilah syarikat bukan bumiputera yang pandai menguruskan perniagaan, memberi pulangan dividen yang tinggi, meningkatkan nilai pegangan ekuiti pelaburnya berkali-kali ganda dari tahun ke setahun.
Tak perlulah FY sebutkan contoh-contoh sahamnya tapi buat masa ini, inilah realitinya. Inilah kenyataannya. Anda sendiri tahu saham yang anda pegang. Sehingga orang kita belajar dan dapat menguasai teknik capital game ini bagi tujuan melipatgandakan nilai pegangan saham eloklah kita sebagai pelabur runcit yang punya modal yang tak seberapa ini mengelakkan pembelian saham-saham orang kita ini.
Pelabur mereka juga lebih sofistikated dan lebih berilmu kalau dibandingkan dengan pelabur kita. Mereka juga tak akan membeli saham-saham orang kita kerana mereka mengetahui akan semua apa yang FY perkatakan ini.
Jadi kalau diberikan pilihan antara saham syarikat Bumiputera dengan syarikat bukan bumiputera, maka FY sarankan belilah syarikat bukan bumiputera kerana mereka punya lebih pengalaman dan pengetahuan akan cara untuk meningkatkan harga-harga saham mereka di Bursa Malaysia!
Untuk mengetahui lebih lanjut dengan contoh-contoh dan analisa kes yang jelas datanglah ke kelas Personal Coaching yang FY jalankan setiap hari di pejabat FY. Anda akan memahami sepenuhnya apa yang FY katakan ini.
Sekian dulu buat kali ini.
Ikhlas,
FY
016 6667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission
No comments:
Post a Comment